Friday, December 18, 2009

Pasal Handphone.

Nampak tak handphone dekat atas tu dan di tengah tu adalah (garmin - macam ayah saya punya). Itulah handphone yang saya idamkan, tapi saya bukan dapat beli. Dapat tengok pun jadi la. Kalau dapat beli pun bukan bagi dekat saya. Bagi dekat emak saya.

Nak tau tak kalau saya dapat handphone tu saya nak buat apa? Saya nak main game dalam handphone tu. Lepas tu saya nak tengok gambar dan tengok video. Lepas tu dengar lagu.

Handphone yang saya suka adalah handphone yang boleh ditekan-tekan dekat skrin. Handphone yang pegang macam lidi. Saya suka handphone jenama sony ericsson, samsung, motorola, philips dan macam-macam lagi lah. Handphone yang ketiga dalam gambar tu pulak handphone nokia.
Handphone nokia tu tak cantik. Saya tak berapa suka.

Sampai di sini jelah saya tulis pasal handphone.

Monday, November 23, 2009

Sunday, November 22, 2009

CUTI DI BULAN 12

AKU DI RUMAH BUKANNYA BUAT APA-APAPUN ,YANG SLALU AKU BUAT ADALAH MAIN KOMPUTER ,TENGOK (TV) YANG SLALU SAYA TENGOK ADALAH CERITA KATUN TAPI SHOK JUGAK DAN MAIN PS2 YANG SLALU SAYA MAIN ADALAH GAME YANG SAMA AJE TAPI TERPAKSA MAIN JUGAK SEBAB TAK BOLEH BELI GAME BARUPUN KALAU ADA KAWAN AKUKAN BES MACAM HAZIM ,SYAFI DAN ZHARIF TAPI AKU ADA NOMBOR TELEFON HAZIM DAN ZHARIF TAPI AKUMALS NAK TELEFONLAH KADANG KALA DIORANG ADA KADANG KALA DIORANG TAKDE.DAN KEESOKAN HARINYA SAYA NAK PERGI SUNAT DEKAT KLINIK TAPI TAK TAHU APA NAMA KLINIKTU TAPI YANG SAYA TAHU DEPAN DENGAN 'UPSI' DAN KEDAI SEBELAHNYA NAMA 'EGO'.DAHLAH SAMPAI SINI SAJALAH SAYA BOLEH TULIS SYA NAK TIDOR NI OK BY.....

Wednesday, October 7, 2009

Wednesday, September 23, 2009

Balik kampong masa hari raya.

Pada hari isnin kami bertolak ke Gerik pada pukul 12:30, saya berasa sungguh gembira kerana dapat pergi ke sana, selepas itu kami singgah ke petronas untuk mengisi minyak emak saya pergi membeli gula-gula dan jajan, selepas itu kami bertolak tempat kami ingini,selepaserju malam itu kami telah sampai pada pukul 8:30 saya berasa sangat gembira kerana dapat berjumpa dengan paklong,maklong dan semuanya, selepas itu saya ikut paklong pergi ke landang lembu untuk memberi makanan, selepas itu saya pulang,selepas itu kami mandi untuk beraya dirumah orang lain, selepas habis beraya di rumah orang kami balik ke rumah semula kerana saya sungguh penat dan saya dapat banyak duit raya sebanyak RM 79.00, selepas itu saya main komputer abang Aim saya main (game) GTA pada malam itu pula semua orang menonton telivesion tak lah semua orang sikit-sikit aje pada pagi esok saya dan lain-lain pergi bertolak ke Tanjung Malim kerana ayah dan emak saya ada kuliyah di UPSI kami bertolak pada pukul 2:30.

Thursday, September 17, 2009

Rutin di bulan puasa.

Pada hari itu saya bangun untuk sahur. Saya dan keluarga saya makan ayam masak kicap , minum air masak dan air teh. Selepas itu saya akan mandi untuk bersiap pergi ke sekolah pagi(SKTM).

Walaupun bulan puasa saya terpaksa menjalanan rutin harian saya. Saya tetap perlu pergi ke sekolah.

Rutin harian saya dibulan puasa bermula semasa saya pulang dari sekolah. Selepas saya pulang dari sekolah saya akan berehat dan tidur. Setelah hilang penat saya mula bersiap untuk pergi ke sekolah petang (SKHB). Semasa berada di dalam kelas saya sering berasa lapar dan dahaga tetapi saya cuba bertahan hingga habis waktu persekolahan.

Saya pulang ke rumah dengan menaiki van. Saya akan menonton televisyen sementara menunggu waktu berbuka.

Kadang-kadang saya akan mengikuti ayah ke pasar ramadhan untuk membeli kuih-muih. Ketika di pasar ramadhan saya nampak makanan begitu sedap di sana-sini. Saya rasa macam hendak membeli satu pasar ramadhan.

Ketika berbuka saya akan makan sepuas-puas hati. Itulah seronoknya di bulan puasa.

Sunday, March 1, 2009

Blog Saya Ada Dalam Suratkhabar

Cuba tengok suratkhabar dekat bawah ni. Semua orang percaya ke tak? Kalau tak percaya tak apa. Siapa yang berminat lawatilah ini.Cayalah!!!

Saturday, February 28, 2009

Sukan sekolah saya

Hari ini sukan sekolah saya. Sukan sekolah di padang sekolah. Saya memasuki perbarisan tumah kuning. Pasukan saya mendapat nombor dua. Kami mendapat hamper. Amir dan ayah datang ke padang tetapi perbarisan telah habis. Saya dan Amir bergambar di tepi khemah peserta kuning.


Friday, February 27, 2009

Ini gambar saya semasa bayi. Saya belum boleh berjalan lagi.