Sunday, August 24, 2008

Hari Cutiku

Malam Sabtu lalu saya dan keluarga saya pergi ke tempat orang menjual burger untuk membeli burger. Selepas itu kami masuk ke dalam fun-fair. Saya berasa sangat gembira bila melihat semua permainan di dalam fun-fair itu. Saya teringin untuk bermain dengan permainan di fun-fair.

Kemudian kami keluar dari tempat itu dan terus pergi ke taman permainan. Saya bermain gelongsor bersama adik dan kakak. Selepas saya bermain gelongsor saya bermain jongkat-jongket. Selesai bermain kami ke taman tasik. Di sana saya bermain pijak-pijak bayang-bayang dan jadi-jadi. Saya rasa sangat haus selepas saya bermain. Mama membawa kami pergi ke gerai makanan. Kami minum fresh oren kemudian kami terus balik ke rumah. Saya terus tidur nyenyak dibilik saya.

TAMAT.

Saturday, August 2, 2008

Hari jadi adik saya.

Pada pukul 8.00 pagi , saya mengikut emak saya ke SK Kampung Melayu yang menjalankan aktiviti Hari Keusahawanan. Apabila sampai di sekolah, emak saya keluarkan barang - barang dari dalam kereta . Kemudian, emak saya terus jual roti john .




Selepas itu ayah saya datang pada pukul 11.00 pagi. Pada pukul 12.00 tengah hari, saya dan ayah saya pergi mencari hadiah hari jadi adik saya, Amir. Mula-mula kami pergi shoping di The Store bandar Kluang. Kami mencari hadiah adik saya tapi tak jumpa. Selepas itu kami pergi ke The Store BCB. Di sana, saya jumpa juga hadiah adik saya yang sesuai. Hadiahnya ialah Hotwheels. Selepas itu saya bayar di kaunter. Selepas itu kami balik ke rumah tetapi adik saya dah nampak hadiah itu. Apabila saya masuk ke dalam rumah, saya dan adik saya buka hadiah itu. Kami pun bermain hadiah itu.