Sunday, August 24, 2008

Hari Cutiku

Malam Sabtu lalu saya dan keluarga saya pergi ke tempat orang menjual burger untuk membeli burger. Selepas itu kami masuk ke dalam fun-fair. Saya berasa sangat gembira bila melihat semua permainan di dalam fun-fair itu. Saya teringin untuk bermain dengan permainan di fun-fair.

Kemudian kami keluar dari tempat itu dan terus pergi ke taman permainan. Saya bermain gelongsor bersama adik dan kakak. Selepas saya bermain gelongsor saya bermain jongkat-jongket. Selesai bermain kami ke taman tasik. Di sana saya bermain pijak-pijak bayang-bayang dan jadi-jadi. Saya rasa sangat haus selepas saya bermain. Mama membawa kami pergi ke gerai makanan. Kami minum fresh oren kemudian kami terus balik ke rumah. Saya terus tidur nyenyak dibilik saya.

TAMAT.

No comments: