Wednesday, September 23, 2009

Balik kampong masa hari raya.

Pada hari isnin kami bertolak ke Gerik pada pukul 12:30, saya berasa sungguh gembira kerana dapat pergi ke sana, selepas itu kami singgah ke petronas untuk mengisi minyak emak saya pergi membeli gula-gula dan jajan, selepas itu kami bertolak tempat kami ingini,selepaserju malam itu kami telah sampai pada pukul 8:30 saya berasa sangat gembira kerana dapat berjumpa dengan paklong,maklong dan semuanya, selepas itu saya ikut paklong pergi ke landang lembu untuk memberi makanan, selepas itu saya pulang,selepas itu kami mandi untuk beraya dirumah orang lain, selepas habis beraya di rumah orang kami balik ke rumah semula kerana saya sungguh penat dan saya dapat banyak duit raya sebanyak RM 79.00, selepas itu saya main komputer abang Aim saya main (game) GTA pada malam itu pula semua orang menonton telivesion tak lah semua orang sikit-sikit aje pada pagi esok saya dan lain-lain pergi bertolak ke Tanjung Malim kerana ayah dan emak saya ada kuliyah di UPSI kami bertolak pada pukul 2:30.

Thursday, September 17, 2009

Rutin di bulan puasa.

Pada hari itu saya bangun untuk sahur. Saya dan keluarga saya makan ayam masak kicap , minum air masak dan air teh. Selepas itu saya akan mandi untuk bersiap pergi ke sekolah pagi(SKTM).

Walaupun bulan puasa saya terpaksa menjalanan rutin harian saya. Saya tetap perlu pergi ke sekolah.

Rutin harian saya dibulan puasa bermula semasa saya pulang dari sekolah. Selepas saya pulang dari sekolah saya akan berehat dan tidur. Setelah hilang penat saya mula bersiap untuk pergi ke sekolah petang (SKHB). Semasa berada di dalam kelas saya sering berasa lapar dan dahaga tetapi saya cuba bertahan hingga habis waktu persekolahan.

Saya pulang ke rumah dengan menaiki van. Saya akan menonton televisyen sementara menunggu waktu berbuka.

Kadang-kadang saya akan mengikuti ayah ke pasar ramadhan untuk membeli kuih-muih. Ketika di pasar ramadhan saya nampak makanan begitu sedap di sana-sini. Saya rasa macam hendak membeli satu pasar ramadhan.

Ketika berbuka saya akan makan sepuas-puas hati. Itulah seronoknya di bulan puasa.