Thursday, September 17, 2009

Rutin di bulan puasa.

Pada hari itu saya bangun untuk sahur. Saya dan keluarga saya makan ayam masak kicap , minum air masak dan air teh. Selepas itu saya akan mandi untuk bersiap pergi ke sekolah pagi(SKTM).

Walaupun bulan puasa saya terpaksa menjalanan rutin harian saya. Saya tetap perlu pergi ke sekolah.

Rutin harian saya dibulan puasa bermula semasa saya pulang dari sekolah. Selepas saya pulang dari sekolah saya akan berehat dan tidur. Setelah hilang penat saya mula bersiap untuk pergi ke sekolah petang (SKHB). Semasa berada di dalam kelas saya sering berasa lapar dan dahaga tetapi saya cuba bertahan hingga habis waktu persekolahan.

Saya pulang ke rumah dengan menaiki van. Saya akan menonton televisyen sementara menunggu waktu berbuka.

Kadang-kadang saya akan mengikuti ayah ke pasar ramadhan untuk membeli kuih-muih. Ketika di pasar ramadhan saya nampak makanan begitu sedap di sana-sini. Saya rasa macam hendak membeli satu pasar ramadhan.

Ketika berbuka saya akan makan sepuas-puas hati. Itulah seronoknya di bulan puasa.

No comments: