Selepas itu ayah saya datang pada pukul 11.00 pagi. Pada pukul 12.00 tengah hari, saya dan ayah saya pergi mencari hadiah hari jadi adik saya, Amir. Mula-mula kami pergi shoping di The Store bandar Kluang. Kami mencari hadiah adik saya tapi tak jumpa. Selepas itu kami pergi ke The Store BCB. Di sana, saya jumpa juga hadiah adik saya yang sesuai. Hadiahnya ialah Hotwheels. Selepas itu saya bayar di kaunter. Selepas itu kami balik ke rumah tetapi adik saya dah nampak hadiah itu. Apabila saya masuk ke dalam rumah, saya dan adik saya buka hadiah itu. Kami pun bermain hadiah itu.

1 comment:
Baiknya abang, belikan hadiah untuk adik. Macam tulah abang yang baik... Tentu semua orang akan sayang pada abang.
Tahniah juga untuk abang kerana rajin menulis. Semoga abang akan terus menulis untuk menghasilkan karya yang terbaik kelak....
Post a Comment